Wednesday 3 December 2014

* Kehidupan itu juga milikNYA *

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

     Assalamualaikum, w.b.t...dan akhirnya ana datang dengan hati yang sedih untuk update blog yang dha lama bersarang labah-labah. 5/November/2014 merupakan hari yang menjadi hari yang amat sedih + kecewa + keseorangan + rindu mama . Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,menjadi pilihan hati aku utk sambung pengajian. dan Alhamdulillah Allah buka ruang dan peluang utk meneruskan bidang ana, dalam bidang agama dan ana dapat ASASI PENGAJIAN ISLAM,dan bersyukur lagi sebab ana merupakan ex-student smk(a) Limauan,yang telah bnyk mmberi ana tarbiyah serta didikan yang mungkin asas,tapi...alhamdulillah..merupakan satu ilmu yang membawa smpai sekarang. 5/11/2014 - 6/11/2014 merupakan ary ta'aruf yang mungkin singkat tapi,alhamdulillah..ana dapat banyak benda yang mungkin ana tak tau dan kurang dalam mendalami semua yang di dalami.
         Mungkin awal-awal di KUIS nie,taklah terasa rindu mama n bapa,tapi..bila dah akhir-akhir macam nie,terasa kosong kalau tak tepon mak ayah dalam sehari,kena juga tepon.        
 " nanti habis kredit" mama cakap macam nie dengan ana, mungkin akan habis tapi..semua tu boleh dicari tapi kasih sayang dan orang tua itu tiada ganti dan TAKKAN ada yang mampu menjadi seperti mereka . Mungkin bukan ayah yang melahirkan tapi,ayahlah membanting tulang mencari nafkah dan menyara kehidupan selama kita hidup,dan bukan AYAH untuk di abaikan,tapi..kasih ayah juga ke syurga,dan kita sebagai anak akan menjadi syafaat buat mereka dan kita adalah kunci kepada mereka ketika di dalam alam kubur untuk membuka kunci kebahagiaan di akhirat. mak ayah itu lah segalanya,bila aku jauh mereka lah yang memberi duit,yang mengisikan aku kredit, yang memberikan aku semangat, yang risau bila aku sakit demam,dan risau jika aku tidak sampai dengan selamat ke kampung halaman, itulah mak ayah..yang Allah kurniakan naluri yang mungkin tiada ganti setiap yang mendapatnya.


    kenapa ana tulis title itu, " kehidupan itu juga milikNYA", ana mula berfikir dan menjadikan diri ini untuk matang agar ana,berfikir penat lelah orang tua yang telah memberikan didikan yang terbaik, bila dekat rumah tak nak dengar nasihat mak ayah,bila dah jauh terasa apa yang di nasihatkan. dan itulah sifat manusia yang tidak pernah utk bersyukur apa yang ada di depan mata,dan tak pernah menghargai apa yang di berikanm Astaghfirullahhalazim ( aku manusia yang KEJAM )
Sabah bumi kelahiran ku,bumi tempat aku membesar yang mungkin tempat aku menutup mata dan akan menghembuskan nafas terakhir ku, 

YA Allah panjangkan umurku
,Ana nak jadi anak yang bahagiakan kedua orang tua ana sebelum ana menutup mata. yang mungkin ana terlebih dahulu bertemuMU.

Ana nak jaga adik ana, ana nak jaga mak ayah ana..dan Ana TAKKAN sesekali untuk menghantar mak ayah ana ke RUMAH ORANG TUA. kenapa mesti hantar??? mereka bersusah2 jaga kita,


KEHIDUPAN BANDAR!!

        First ana datang sini,ada mindset dan terus untuk tajdid niat dan SENTIASA tajdid niat biar ana tak leka,biar ana tahu betapa susah mak ayah kita keluarkan duit utk  Rm1000.00 BUKAN SENANG DAPAT!!! sedarlah ,meskipun mak ayah yang kaya,TAPI bukan kita yang kaya dan sebenarnya kita hanya lah penghutang yang takkan pernah dapat membayar semua yang mak ayah dah bagi, 
ana sebenarnya nak ambik Tajaan Khas KUIS( TKK),tapi...bapa tak nak ana ambik dan bapa nak ana ambik dan sambung degree,kat Universiti Malaysia( UM), ana betul2 nak buat bapa n mama gembira dengan ana,ana bukan seorang yang bijak pintar yang mungkin setiap tahun naik pentas untuk dapat anugerah khas..tapi,ana hanya lah orang biasa yang MAHUKAN ILMU DUNIA AKHIRAT.

BANDAR VS KAMPUNG??? 


apa yang kamu akan pilih???
jujur ana cakap,ana akan pilih KAMPUNG, ana bukan tak suka hidup bandar,tapi..mungkin banyakbenda yang akan di fikir,ana merupakan ana jati Kampung Brunei,Membakut,Sabah,Malaysia.
    Suasana kampung yang ana sangat rindui,paling + teramat ana rindu semula jadi..PANTAI!! rindu nak berenang,Allah jak tahu gatalnya hati nie nak berenang kat swimming pool d KL nhe..tapi,tak tau kat mana,????Ana nak pegi jungle tracking park!!! pegi pulau,dan semua tempat yang sebelum nhe ana dah pegi...ALAM SEMULA JADI!! ALAM SEGALA CIPTAAN Allah!!! Rindu, sangat dan teramat...



Mabul Island + Sapi Island + Manukan Island miss it so much like crazy.

Sejujurnya lahkan ana lagi suka untuk melancong d tempat-tempat yang banyak semula jadi,mungkin taklah sekaya mana nak pegi ke tempat-tempat yang menarik,tapi..ana suka untuk tenangkan diri di atas bumi Allah dengan ciptaanNYA, Subhanallah.




ISLAND I MISS U DAMMMMMMMM