Jika Allah memberikan ujian. itu bukan bebanan
tapi Allah menguji kesabaran seseorang,
Allah merindui seseorang itu untuk mendekatiNYA,
Allah menginginkan seseorang itu mengadu denganNYA,
Tatkala kerinduan itu menguasai,
hati ini terlalu lembut untuk menampung,
hati ini tiada kemampuan selain sujud
dan menadah tangan memohon doa,
di saat airmata mengalir kekuatan itu
Allah timbulkan menanggung ujianNYA.
Assalamualaikum,w.b.t.
.semenjak menjejaki kaki di Intitusi Pengajian Islam Dan Dakwah, macam lama sudah tak update blog nie, walauapapun keadaan,semoga apa yang terluah itu semestinya bukan atas asbab suka-suka,tapi..semoga memberi manfaat bila blog walking sdang berlegar, :).
15.08.2014, genap 3 bulan ana duduk di bumi IPDAS, walaupun kawasan yang terlalu jauh dari kehidupan manusia di bandar,tapi ana maC mampu belajar pelbagai ilmu yang hebat iaitu ilmu agama. Mungkin IPDAS merupakan satu institusi yang tidak sehebat di mata masyarakat,tapi..In shaa Allah hebat dan gah di sisi Allah. kerana disinilah kita mendapat kehebatan apabila mempelajari ilmu Allah,yang lebih mendalam dan berkembang, In shaa Allah.
Disini ana banyak belajar erti kehidupan,senang mahupun susah itu sudah menjadikan rutin kehidupan ana,terutamanya ketiadaan air apabila hujan turun.kita mampu lihat bahawa Allah menguji pelajar disini,apabila rahmat itu turun Allah menguji dengan nikmat yang Allah tarik buat seketika, Allah ingin sesuatu kebaikan dari pelajar - pelajar di IPDAS,.Ana banyak belajar untuk menjadi seorang pelajar yang zuhud,In shaa Allah.. disini ana masi menyimpan edentiti ana yang mungkin mengagumkan ana sendiri,tapi alangkah indanya apabila kehidupan ini penuh kesederhanaan, agar diri ini tidak lupa untuk ana terus mendekatiNYA,alhamdulillah disini ana belajar dalam bidang ana,meskipun kekadang hati tu terasa berat nak pegi kuliah,tapi itulah satu kewajipan dan tanggungjawab ana kepada mama n papa ana,.
CEO, itulah pekerjaan papa ana, guru sains merupakan kemahiran ilmu mama,tapi itu bukan menjadi kebanggaan ana apabila bergelar seorang anak,tapi...ketahuilah membanggakan kedua orang itu adalah satu kebanggaan yang ana sendiri rasa apabila ana diberi kepercayaan untuk memikul dan membimbing keluarga dengan ilmu agama yang ana belajar, In shaa Allah.
Kini ana mula merindui mama,papa n adk2 serta kaka ana,yang jauh dari mata ana,kerisauan yang tinggi terhadap kesihatan mama,papa n apatah adik yang ada penyakit yang mungkin kronik,sebelum ana menjejaki kaki di IPDAS, ana jaga adik hampir sebulan bersama adik,menguruskan makan minum adik,walaupun dengan keadaan adik yang mungkin membebankan tapi, itu bukan bebanan tapi ana anggapan setiap yang ana lakukan untuk adik adalah pengorbanan ana,mungkin ana akan bertemuNYA dahulu,biarlah semua itu menjadi saksi kasih sayang ana buat adik, adik seorang pelajar yang pintar,adik pelajar yang cemerlang,masa adik di hospital adik dapat 2 anugerah dari pihak sekolah yang membanggakan bapa n mama, masa adik dapat anugerah adik selau runsing siapa yang akan ambik bagi pihak adik, sebak ana dengar perbualan mama dengan adik " mama, nanti mama duduk sebelah adik masa ambik hadiah,telinga adik tak berapa dengar nie " mama akan jawab untuk bagi adik semangat " eya,mama sentiasa dengan adik"
setiap hari bila mama jaga adik mama akan lap badan adik,bagi pakai adik baju,bagi pakai adik bedak,bagi sisir rambut adik,bagi suap adik, walau apapun keadaan adik masa tu mama tetap akan jaga adik,setiap hari jumaat mama akan jaga adik sampai ary ahad dan bergilir dengan ana,.mama seorang yang tabah, ikutkan hati ana,ana mahu jak jaga mama,jaga adik n family dan tak mau sambung belajar,tapi ana dengar dan ingat pesan bapa " belajar rajin-rajin,nanti bila bapa dah takda boleh sara mama n adik-adik dan jaga adik " ayat papa betul-betul buat ana terasa hati dan sedih seolah semua ni hanya akan sekelip mata berlaku,apa yang ana rasa menjadikan ana untuk teruskan pembelajaran ana,meski dalam keadaan yang meyedihkan ana,melemahkan hati ana,tapi ana sendiri kena kuat.
semakin ana besar,semakin ana susah nak jauh dari rumah n mama,adik-adik, n bapa.
seolah-seolah semua ni menyedarkan ana bahawa ana semakin meningkat dewasa dan umur semakin mendekati mati,ALLAH!!!! semoga segala mampu memberi kesempatan aku untuk terus mendekatiNYA, Allah,!! aku hamba yang hina,
Ya Allah,
semoga segala ujian ini mampu membalas bagi kesembuhan adikku,
lindungilah seluruh keluargaku,
izinkan aku memberi kebanggaan buat orang tuaku,
berikan aku peluang berbakti buat kedua orang tua ku serta keluargakum
amiin Allahumma amiin.
kerinduan mengalirkan seterjun airmata

