Friday, 13 December 2013

ajarkan dia meredhai, "hati nama di beri "

Hati,

Kata hati (arab: qalbun) mempunyai dua penggunaan dalam bahasa:
a.    Menunjukkan bagian yang paling murni dan paling mulia dari sesuatu.
b.    Bermakna merubah dan membalik sesuatu dari satu posisi ke posisi lain.

 penentu baik dan buruknya amalan seseorang amat bergantung kepada hati. Maka hati adalah bagaikan generator bagi seluruh anggota badan. Kedudukan hati di antara anggota badan bagaikan raja di tengah kerajaan. Semua gerak-gerik anggota badan akan bergantung kepada hati sebagaimana gerak-gerik anggota pasukan bergantung kepada raja. Bila raja bersifat baik maka prajuritnya pun akan baik pula, sebaliknya bila raja memiliki prilaku buruk maka bala tentaranya pun akan berprilaku buruk pula.


Alhamdulillah, dalam kesempatan yang penuh rasa bersyukur ana teringin sangat nak update blog yang sederhana ney, sebelum memulakan perbicaraan yang akan menjadi panjang berjela,inshaa'allah..
      Assalamualaikum, w.b.t, kpada semua yang baca blog ana, mukaddimah yang mungkin tak lah seberapa,itupun ana copy dari bolg-blog yang memaparkan maknanya, kembali kepada post ana tu, "ajarkan dia untuk meredhai," ( hati ), hati ney susah jika tidak di bentung, senang apabila kita ajar,inshaa'allah...


ANA SEBAGAI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH


Subhanallah, cepat waktu tu bergerak mengelilingi kehidupan ana, seolah-olah ana baru lahir  dan sudah meningkat dewasa, Allah yang mengetahui segalanya,
        2013 ???? banyak perkara dan moment lah kiranya atau kejadian yang berlaku dengan ana, tapi,semuanya akan berlalu,dan akan datang waktu,saat,detik,jam,hari,minggu dan tahun yang baru menanti ana,inshaa'allah, sebagai bekas pelajar yang baru habis SPM, alhamdulillah,memanglah rasa freedom,tapi..masih dalam ketakutan untuk ambil keputusan nanti,sekarang hanya mampu doa dan terus menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, ( ustaz shahrin yang cakap gney ), ana budak asrama,..tapi,bila sampai rumah,ana seolah terlalu kebosanan, hati ney kosong yang tak taw maw buat apa, asbab ana nei budak asrama lah ana keboringan, yang bila kat asrama,ada jak yang mau di buat, btul ta??
              nak belajar???Allah jak taw,perasaan malas ana nak buka buku time masa ney ( jangan ikut,tak baik ney) tapi, ana nekad nak baca & luangkan masa ana,,nak baca buku-buku ilmiah,inshaa'allah. 


                               
ney buku-buku ilmiah ana yang entah sampai bila ana nak habiskan,hehe


.dalam cuti sementara tunggu keputusan ney,ana banyak tengok benda yang sebenarnya taklah menakutkan
( taulah ana ney penakut sikit,), means macam Tanah Kubur tue,Mencari Maghfirah-MU, dan banyak lagilah,alhamdulillah, ana rasa masih banyak lagi ilmu yang ana kurang dan wajib untuk ana cari taw,satu malam tu,ana tengok Pondok Pak Ya, cerita ini sebenarnya dari tragedi yang menimpa sebuah sekolah agama ney,pas tue di jadikan dokumentari lah kiranya gitu,ana pun tak mau tidur jadinya bila tengok benda ney, Ya Allah,airmata ney mau tak mau jak keluar, sebak ana tengok bila ramai pelajar yang syahid, 27 syuhadah yang tersenarai ana tengok tu,semua perempuan. Subhanallah,..
               27 orang pelajar yang sekolah sana,( perempuan ) yang telah syahid, Subhanallah,ada yang syahid dalam keadaan memegang Al-quran, di situlah terdetik hati ana, dan berbagai persoalan di otak ana, "adakah aku akan mati dalam keadaan syahid??? adakah aku akan mati disisi keluargaku??? " macam-macam time tue di otak, mula lah naik bulu roma ney,takut pula mati dalam keadaan yang " tak tentu ", Naudzubillah,
             Alhamdulillah, dalam cuti ney ana rajinkan hati dan jiwa ney untuk istiqomah buat amalan yang menjadi rutin ana time kat asrama,tau lah dekat rumah ney lah ana susah nak ikut apa yang ana selalu buat kat sekolah,tapi, ana bersyukur Allah mengingatkan dan mengerakkan hati ana dalam pelbagai kejadian yang berlaku, awal cuti lagi ana dah mula nak buat FREEDOM ana sendiri,means kat sini nak tunjuk dewasa..ana nak pegi Kk ( Kota Kinabalu ), tau lah nak enjoy, tapi..asbab mama tak izinkan ana kena lah akur,,tapi, hati ney lah yang memberontak,Astaghfirullah, ana berusaha untuk meredhai ketentuan Allah,ana hanya mampu merancang, dengan itu ana relakan hati untuk pergi berusrah dengan kawan-kawan ana, alhamdulillah,walaupun masa tu ana rasa traveling, first time join rakan-rakan berusrah dekat luar kawasan sekolah, jadi tak tau lah.( walaupun sebenarnya dekat ),Allah sengaja nak uji ana,sejauh mana kesabaran ana kejar ilmu Allah masa tu,
               Sampai sana, ana kena minta taaruf, Allahu rabbi, malu tahap gunung brapi pulak ( padahal, ana ney lah paling bnyk maen ), disinilah bermula nya ana, untuk ber azam memenuhi ruang kosong yanga da dihati ney, dengan perkara-perkara yang bermanfaat,inshaa'allah, walaupun dulu ana, ana dah di anggap berubah, ana masih lagi nak teruskan "PENGHIJRAHAN", yang ana nak teruskan mencari DIA,( Allah ),biar hati ana ney tak terus-terus merasa kosong. dalam masa yang sama, ana ney kena ajak pegi ISC, Islamic Summer Camping, alhamdulillah, camping ney mampu meningkatkan jati diri dan tarbiyah kita, ana nak sangat ikut, tapi, bila kawan ana ( kak tyna rajudin) gtaw, ana tak dpat join,bab ana masih belum join beberapa camping yang ana patut ikut,jadi...ana tak dapatlah,sedihlah juga,tapi..ana berusaha untuk ajar hati ana ney meredhai segalanya,segalanya itulah dari Allah,Allah sengaja menunda apa yang ana inginkan agar ana menjadi orang yang sabar dan supaya ana belajar  erti meredhai ketentuanNYA,subhanallah, sayangNYA terhadap ana tiada tandingan,inshaa'allah,pasti ada hikmahnya disebalik segalanya..
                    pada 21-22 ney,inshaa'allah, ana nak pegi majlis qiamullail perdana kat Masjid Daerah papar,tapi, mama inform kat ana, bapa nak bawa bercuti pada waktu tue, Allahu rabbi, ana dalam dilema memikirkannya tadi,tapi, ana mengambil keputusan untuk ikut family ana,inshaa'allah,segalanya ada hikmahnya Ana Nadhirah, macam kata-kata ustaz Kazim Illias, " tengok muka mak bapa dapat pahala", subhanallah, jadi ana nak lah luangkan masa ana dengan mereka yang bergelar ORANG TUA,walaupun banyak benda yang ana terlepas, inshaa'allah, ana yakin Allah tengah menyediakan sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk dunia dan akhirat kelak,inshaa'allah,..
                     walaupun ana tak dapat ikut, program-program yang meningkatkan tarbiyah,Alhamdulillah,Allah masih bagi ana peluang untuk mendidik hati,amal dan iman ana,dengan berbagai-bagai cara Allah berikan,inshaa'allah... Rabbi yasiir walaa tu asiir ya kareem,



>setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap yang hilang Allah akan gantikan yang lebih baik,inshaa'allah, yakin bahawa janji Allah itu"PASTI"<

No comments: