Monday, 21 July 2014

" Jangan tinggalkan AKU "

 
bukan ku pinta untuk hidup di dunia,
tapi tercatat di luh mahfuzNYA,
 pada tanggal 07 . mei . 1996,
Tidak ku pinta dariNYA untuk menjadi anak perempuan Hj. Saflee bin Ag Damit, tapi itulah kehendakNYA.. dan lahirnya aku  kedunia dengan kehendakNYA yang akan menjadi anak yang memberi syafaat kepada kedua orang tuaku, Allahhu..

Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku


     "  SAHABAT "

      Sahabat ku, terutamanya buat DURBARIANS, kami !!! semua sudah bertebaran dibumi Allah,mencari ilmuNYA, sejujurnya aku dalam kerinduan dengan dorang, SAYA ANA NADHIRAH penuntut INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH, tidak mampu untuk melupakan segala memori yang pernah tercipta antara kami, bila aty mula untuk bergelak tawa sentiasa teringat dorang, bukan sekrang atau yang dulu,tapi..mereka lah yang selamanya telah menjadi adik,kaka,abang buat aku..
          beberapa minggu yang lalu, kepergian seorang ibunda kepada sahabat kami yang telah menemui Illahi,di ary yang mulia, di bulan yang penuh keberkatan, Allahhu terasa aty ini, jauh disudut aty airmata ini mengalir deras, meski arwah bukan darah daging sendiri,kepergiannya terasa seolah beliau ibu ku,. begitulah eratnya hubungan persahabatan kami,yang 5 tahun berada dibumi limauan, tanpa ada terasa lamanya, dan berakhirnya kebersamaan kami pada 2013, penuh dengan linangan airmata, banyak perubahan yang mengajar kami,..
        buat sahabat yang jauh nun di negeri orang, harapan jangan hanya dibawah kesana,tapi..kembalilah dengan kejayaan yang di angkat dan di berkat Allah,aku update blog nhe sebab aku rindu + + + + +  + dengan kamu, yang bising itu dicari mulutnya, yang nakal itu dirindui telatahnya, yang pintar itu dicari jawapannya, yang baik itu dirindui senyum sinisnya, Allahhu...semoga kejayaan kami tidak hanya di dunia, jadikanlah kami insan - insan yang memberi manfaat di akhirat kelak, Allahhumma amiin..






keindahan persahabatan itu tatkala,ada yang bergaduh,yang sering berkongsi dan tatkala mematangkan kami antara satu dengan yang lain, bukan ku pinta meninggalkan kamu tapi, itulah jalan kehidupan kita yang memegang janji berjaya memegang kejayaan BERSAMA, amiin.


INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH

pada tanggal 19.mei.2014, bermulanya  perjalananku di bumi pengajian baru,yang banyak dan akan mengajar aku segalanya erti agama yang, selama ini aku cari, in shaa Allah..
masa pegi mendaftar ana sorang sja yang berurusan terasa asing pulak, yang lain ngan ibu bapa dorang, sebab apa, masa nhe Allah tengah menguji keadaan keluarga Ana, terassa sayu hati nak tinggalkan rumah, mama bapa n adik, dengan keadaan yang kurang sihat,tapi..ana mula berfikir segalanya untuk masa depan ana dan akan datang ana mampu untuk bantu adik - adik yang lain,  pertama kaley kat sana, mengalir airmata ney teringat adik, keadaan adik yang kurang stabil, sedih dengan keadaan adik-adik lain kat rumah,seoalah-olah tak mau sambung belajar,tapi..bila ana fikir balik itulah ujian Allah yang mahu hambanNYA ,menggunakan akal dengan sebaiknya, kat sini ana gembira sebab ana dapat teruskan dalam bidang agama, In shaa Allah,ana mampu untuk menjadi yang bermanfaat buat keluarga ana kelak, sampai kat sana ana mula buka lembaran baru untuk kehidupan ana, 
means ana nak binadan tuntut ilmu kerana Allah dan demi menggembirakan orang tua ana, selamanya nie mungkin kejayaan ana hanya di atas kertas, tapi bila hati dan minda terbuka ana tajdid niat semula, ana takkan berjaya jika hanya untuk peperiksaan, dan alhamdulillah...sekarang ana gemar untuk mengkaji sesuatu benda yang berkaitan AGAMA dan ISLAM, dekat sana ana belajar akidah, pengantar syariah islamiah,pengantar dakwah dan banyak lagi yang sebenarnya sama dengan subjek masa ana tingkatan 5,tapi lebih menular dan mendalam untuk ana pelajari,

> pengantar dakwah islamiah,
> akidah,
 > pengantar syariah islamiah,
> kemahiran Al-quran
> bahasa kebangsaan
> bahasa inggeris
> sistem teknologi maklumat
> bahasa arab

in shaa Allah, cuba perhatikan semuanya telah di asah sejak ana darjah satu lagi, alhamdulillah...dan setibanya ana disini ana mula belajar mendalami yang selanjutnya, In shaa Allah..

Sk.Kg.Brunei,Membakut, >>> SAR.Kampung Pimping, >>> SMK(A) Limauan,Kimanis >>> Institusi Pengajian islam dan dakwah Keningau, 

mungkin taklah jauh sangat tapi, ana bersyukur sebab dekat ngan family, bab baru dekat gney ana dha nangis apa lagi yang jauh merentas laut China selatan, in shaa Allah,ana akan berjauhan bila ana dah berumah tangga, itu sajalah yang mungkin memisahkan ana dari di bawak ketiak ibu,

IPDAS, nama singkatan bagi tempat study ana, dan ana nak cerita sikit, apabila kita dah terpilih menuntut ilmuNYA, dan disana lah Allah menguji kesabaran dalam belajar, dan disana banyak mengajar ana erti "bersederhana ", bila mana banyak yang mungkin sepatutnya Institusi ada n memiliknya tapi,takda di tempat ana belajar, dan disana lah terbuktinya niat kita, antara ilmu Allah atau kemewahan dengan segulung kejayaan..
sejujurnyalah kan, ana kongsi sikit, dan bukan untuk membuat perbandingan atau anything else lha katakan, kita belajar tinggi-tinggi dengan gelaran segala macam,tapi akhlak dan akidah kita 0.000000, so tidak berbaloi jika setakat disana dan tidak kesyurgaNYA, mari kita fikir, adakah kita akan menarik orang-orang yang kita sayang ke syurga dengan segulung kejayaan kita itu?? adakah kita akan menyelamatkan orang tua kita dengam sehelai kertas yang digulung??? never n no more, perkara sebegini banyak membuka pintu hati dan minda ana,
bila fikir balik, benar atau palsu sayang ana ngan KELUARGA ANA,????
ok, kat sini ana akan mengingati diri ana dan jugak sahabat yang seperjuangan dengan ana,mari kita tuntut ilmu kerana Allah, dan yakin bahawa Allah sahaja yang mmpu mmberi kejayaan yang kita usahakan,In Shaa Allah..







ini aktiviti ana hujung minggu, ana akan pastikan ana akan ikut usrah dan takkan tertinggal melainkan ana sakit mahupun ada program lain,bila keterpaksaan itu terpaksa maka Allah akan bagi kenikmatan dalam keikhlasan,




alhamdulillah,ini sahabat ana yang satu kepala lah kiranya, setiap hati isnin --- jumaat kami ada kelas,dan masa itu padat juga, tapi..alhamdulillah, kelas kami hanya setengah hari melainkan kami ada kelas ganti.


sebelum mengorak langkah mengundur diri saya ANA NADHIRAH BINTI HJ SAFLEE, ingin memohon  beribu kemaafan atas sejuta kekhilafan yang sedar atau tidak saya lakukan, dan semoga menjadi saudara islam yang mampu menjamin kita di akhirat kelak In shaa Allah, mohon maaf dari saya sekeluarga




semoga apa yang Allah bagi memberi kesedaran kami, dan kita umat akhir zaman,amiin

No comments: