Tiada kehebatan yang mampu di tandingi selain kekuasaaNYA, yang telah menghidupkan dan mematikan, Allahhu.. Rabbi yasiir walaa tuu asiir yaa kariim.
semoga Allah mempermudahkan segala urusan sehari-hari yang aku jalani serta seisi bumi ini,amiin.
~ ALLAH TENGAH MENGUJI :) ~
tiada kehidupan tanpa ujianNYA, pertama sekali mari kita cerita sikit, berbalik kepada diri sendiri untuk memuhasabah untuk diri yang daif ni, kekadang update blog nie,pandai jugak terasa sendiri kena penampar diri sendiri, satu benda yang sentiasa di takuti oleh hati ni, " CAKAP TAK SERUPA BIKIN " ini istilah kasar sikit, bila throwback apa yang di update selalu terasa, yalah kekadang ada yang kita "ter" lupa nak buat, sedangkan kita sendiri yang nasihat tapi,itulah kelemahan manusia,tiada kesempurnaan dalam diri manusia dan Allah telah menetapkan segalanya yang DIA telah rancang, ana sendiri hanya penuntut ilmu yang masih jahil tentang agama ana. Astaghfirullahhalaziim.
Kekadang diri ini selalu teringat dengan janji-janji Allah," sangat di benci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan," surah as-saff : ayat 3..( pandai mau menangis bila di ingat)
Ana suka baca-baca buku yang menarik untuk ana baca,kekadang pandai terngiang-ngiang apa yang di baca,kekadang menjadi tangan sendiri yang menampar pipi. Allahhuuuu,
sejak akhir- akhir nie, negeri di bawah bayu nie hujan dengan lebatnya,dengan angin yang kuat mengayunkan pokok-pokok dan daun-daun..awan yang bergumpal yang menyebabkan terjadinya puting beliung, banjir yang mendadak secara tiba-tiba,semua ini peringatan Allah kepada hamba-hambaNYA. " Allah nak tunjuk kejadian akhir zaman " mama cakap kat ana, buat ana terfikir sesuatu yang mengerikan ( adakah aku mati beberapa minit atau bila). Amalan belum sampai meninggi gunung meski pun ana nie,budak yang belajar agama..Ana juga manusia yang TIDAK pernah lari dari kesilapan dan kejahilan apatah lagi ana hanya seorang pelajar yang masih belajar untuk mengenal erti sebenar kehidupan.
Jiwa seseorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian. berbeza diri seseorang,berbeza pula ujian yang dihadapi. Ada orang yang diuji pada harta mereka. Ada pula yang diuji pada tubuh badan . sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan,semuanya adalah tanda bahawa itulah kasih sayang Allah. sebenarnya,ana baru sedar semua nie, astaghfirullahhalazim.. bukan nikmat senikmatnya apabila Allah bagi kesenangan, dan bukan musibah semusibah yang dikatakan malang,tapi..semuanya ujian Allah. Lepas nie ana akan berjauhan dengan mama,papa n adik-adik. Bila ana fikir-fikir semua nie,ana berat hati nak tinggalkan dorang dan akan menjelajah negeri orang, terasa berat hati sebab adik ana,anak yang ke3 mengalami penyakit yang dikira kronik sampai mewajibkan dia untuk menjalani kimo sebanyak 6 kali dalam kehidupannya,( argh!!!! aku mw nangis),sekarang adik ana mesti minum ubat yang kena bagi,n paling teramat yang ana takutkan sawan dia datang balik, dan it"s difficult to me!!! sakit mata ana tengok apa yang di alami nya,tapi...dia lagi sakit menanggungnya,... Sejak adik sakit,ana terlalu manja dan senang untuk titiskan airmata, kekadang terasa nak jaga adik setiap masa pergerakkannya, tidak mau sambung belajar tak mau kahwin,dan tak mau buat apa-apa yang buat ana jauh dari adik,tapi..semua itu penting.. " ana,belajar bangus-bagus dan dapat kerja,supaya dapat tolong bapa n mama jaga adik nanti " ini pesanan papa, sejak papa cakap macam nie,ana terasa ana nak teruskan belajar dan tak mau fikir benda lain,dan ana nak tengok adik sihat macam dulu, mungkin manusia a.k.a doktor cakap takda ubat nak sembuhkan sakit adik,tapi MUSTAHIL BAGI Allah. Allah tak bagi sekarang tapi AKAN DATANG. Allah tengah menguji keluarga ana dengan ujian ini, dalam kesenangan kehidupan kami,kemewahan yang Allah limpahkan Allah memberikan ujian .
" boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu" surah Al-Baqarah : ayat 216.
~ Jika ini hidayahNYA -_ - ~
pernah tak tiba - tiba rasa sebak ??
pernah tak tiba- tiba rasa sedih ??
pernah tak tiba- tiba rasa rindu ?? tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu apa sebabnya apa.
itu tandanya Allah rindu , Allah rindu rintihan doa dan hajat kita , cuba ingat balik bila kali terakgir kita bermunajat sepenuhnya curahan hati kita pada Allah ???
Semalam??
kelmarin??
minggu lepas ??
atau tak pernah langsung ???
( ini aku terasa sikit,berfikir kehadapan dan termenung )
Bila tiba - tiba rasa sebak nak menangis n rasa macam tak kena,ketahuilah bahawa Allah tengah merindui, Mungkin dengar nasihat,rasa hati tak teruntun hati tu. padahal tak da ayat touching pun. tapi kita yang over over nak sesebak pula.
NO NO,itu rasa dari Allah , Allah yang bagi. cuba kalau rasa sedih sebab nak nangis,kita cepat -cepat pegi toilet . carik kepala paip bukak paip n ambik wuduk. masa ambik wuduk hayati setiap titisan air wuduk tu yang jatuh pada anggota wuduk. Konfem makin lebat hujan airmata. sebab apa?? Sebab nak pergi jumpa Allah.
Solat lah. doa lah . mintalah, Allah dengar,Allah tengah rindukan kita. sebab itu Allah bagi rasa dan perasaan semacam itu.
Ayat dan nasihat nie buatkan ana sebak,sejak akhir-akhir nie ana rasa seolah-olah ana akan pergi meninggalkan insan- insan tersayang buat selamanya, terfikir kehidupan disana yang entah bagaiamana keadaan pusara ana, bagaimana keadaan ketika di kebumikan ( terasa sangat bila tengok tanah kubur ),segalanya menjadikan ana suram,memikirkan keadaan kehidupan ana yang belum tentu di terima segala amalan, dengan segala keadaan dunia yang penuh pancaroba .
Sampaikn ana berfikir nak wasiat segalanya,yang ,mungkin ada janji yang tak terlangsai,ada hajat insan - insan tak tertunaikan,Allahhu....dan alhamdulillah...Allah masih memberi kesedaran untuk mengingatiNYA dan alam kematian. Keadaan hidup lain wajahnya keadaan mati lain wajahnya, adakah aku mampu untuk memiliki wajah yang disinari cahaya yang Allah redhai. bila baca - baca artikel ada pula sesuatu benda yang buat ana nak nangis ,(sumpah tak tipu nie, sebab diri sendiri pun jahil), banyak baca buku manfaat tapi, kekadang tak pandai HINGAT!! what de???
Itulah manusia,tapi..bukan manusia itu selama menjadi seperti itu, ingatlah bahawa meski hati itu sekecil mana,tapi..pasti ada secebis niat untuk mengubah apa yang sentiasa menimbulkan kejahilan itu. kadang - kadang hati nie merasa mampu atau tidak saja untuk melakukan sesuatu, TAPI sebenarnya mampu hanya hati ni yang tak kuat. dan begitulah Allah juga menguji kekuatan hatiku, untuk beribadah kepadaNYA, aku kena kuatkan hati,azam dan i'tiqad kepada Allah, beringatlah JANGAN!!!
~ JANGAN melawan cakap mak bapak ~
~ JANGAN malas nak tolong mak bapak ~
~JANGAN MALAS UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH~
~JANGAN lupa untuk sentiasa memuhasabah diri~
~JANGAN malas untuk baca buku~
~JANGAN lakukan perkara yang menconteng arang ke muka orang tua~
~JANGAN TINGGALKAN SAHABAT SEJATI ( AL-QURAN )
~JANGAN lupa dengan perkara sunat
~JANGAN mempelajari yang menyesatkan
~JANGAN lalai dalam keduniaan
~JANGAN bercakap tanpa berfikir
~JANGAN melakukan sesuatu tanpa berfikir
Break a leg my HEART !!! Rabbi yasii walaa tuu asiir yaa kariim. Innallahaa maa ana.
Ingatlah semua ini kerana Allah, Allah pasti akan membantu dan mempermudahkan segalanya :')
~ mereka kesayanganQ ~
Saflee bin hj Awang Damit, hua Abi fii usrati.. Marlina @ Aisah binti Mohamad hiya,ummi fii usrati.( aisemen,testing sikit budak asasi Bahasa Arab),alhamdulillah...menjadi kebanggaan ana memiliki orang tua seperti mereka, dan bukan sahaja orang tua tapi, sahabat yang sentiasa memberi ana sokongan.. walaupun kekadang ana sendiri kena marah, oklah..sebab ana tau mama n bapa sayang bab tu ana kena marah IF ana buat something yang membuat mereka hilang kepercayaan dan menconteng arang ke wajah mereka, i' m was their daughter!!! Mereka berhak untuk marah, skrg ana pun tak tau lah bila ana kena marah or kena tegur ana akan diam seja,sebab mungkin salah ana dan kekadang mungkin ana kena terima, They are my parents my apples of my eyes.
pas ney ana pastikan ana akan sentiasa rindu mama n bapa,walaupun ana menjelajah ke negeri orang ana akan pastikan ana TAKKAN pernah mencalit arang ke wajah mereka tapi, akan menghias wajah mereka dengan cahaya.
Adik beradik ana bukanlah yang unik,alhamdulillah ..menjadi satu inspirasi dan kebanggaan mama n bapa sebab kami 5 orang anak dara,dan yang menyedihkan kami akan di ambil orang ( means kat sini bila dah kahwin ok), mungkin kami juga anak-anak yang nakal,tapi...kami juga sayangkan mak bapa kami tau, Ana ada kaka dan ana merupakan anak ke2 dan ana ada 3 orang adik... Ana merupakan satu-satu nya yang jauh dari mereka dan ibu bapa ana,sebab apa ana cakap macam nie, 5 tahun yang lalu ana merupakan pelajar asrama yang tetap dan lepas nie ana kan berlepas ke negeri orang untuk mencari ilmu untuk masa depan ana,dan ana akan bantu mama n bapa ana, itu JANJI ANA, tiada alasan untuk ana untuk tidak bantu mama n bapa ana, sebab dorang sudah bantu ana untuk meneruskan pembelajaran. Adik-adik ana,semuanya alhamdulillah bersekolah, dan ana ada satu orang adik yang mengalami sakit yang kronik..( ujian Allah untuk keluarga ana)....
walaupun kekadang kami pandai gaduh , tapi...alhamdulillah,kekadang pandai jugak kami rindu sama rindu..dan alhamdulillah,ana akan jaga adik- adik ana, In shaa Allah...Ana akan rindu mulut dorang yang bising kat rumah sampai mama n bapa marah dorang,hahahahaha,(ketawa jahat sikit),
Alhamdulillah,banyak sekolah banyak tempat di jelajah pasti akan dapat banyak kawan dan banyak kenalan,Alhamdulillah... setiap yang pernah menggembirakan hati ini merupakan insan yang bertakhta di hati ( bukan "cinta"), tapi..insan yang bersama ana dalam suka dan duka, ana yakin mereka akan sentiasa di hati kerana Allah telah memberi kasih dan sayang untuk ana dan mereka..
FATHIAH NUR ZAHIDAH was my best friend and the end !! dia kena panggil jaja a.k.a zaza..alhamdulillah,Allah pertemukan kami dalam penuh syahdu dan keindahan dalam masa yang mungkin singkat untuk ana mengenali dia yang seorang tabah,dan menerima ana seadanya . ( pandai juga merajuk ngan dia sebenarnya) , banyak benda dan perkara kami kongsi bersama dalam suka dan duka ana di asrama limauan tu dan sampailah ana menjadi senior di limauan tu, dan dia ada simpan semua surat ana yang dikira rahsia antara kami,( zaman tak matang) , umi ' s jaja is my umi too. Umi jaja ngan mama ana adalah bestfriend masa sekolah dulu,alhamdulillah..umi jaja lebih banyak mengenali mama ana, dan memahami mama ana,dan akhirnya her daughter is my bestfriend. Alhamdulillah.
NUR SYUHADAH ALIAH, was my second bestfriend until now, alhamdulillah...she was a silent girl but have more interested in herself,...alhamdulillah, ana kenal dia masa ana tingkatan 2 dan rapat dengan dia masa tingkatan 2 juga,tapi..ana tak mampu untuk jadi macam aliah, sebab aliah nie pintar SANGAT, ana nie pintar SIKIT..hehehe, ( bukan nak bandingkan ye) , sometime she will share something with me n kekadang ana juga akan share dengan dia,bahkan ana akan mintak pendapat dia untuk buat sesuatu yang mungkin menjadi kemusykilan ana,????? walaupun sekarang dia di negeri orang, tapi..alhamdulillah..we still contatc n never to lost contact dan paling penting untuk ana adalah, mesti jemput ana bila dah menjadi pinang dibelah dua, ( gurau ye ) , Alhamdulillah, Allah memberikan ana seseorang yang terbaik saat ana ingin menjadi yang terbaik.
alhamdulillah, jaja duduk sebelah kiri dan aliah duduk sebelah kanan tu..maaf ye, ana bukan cakap ana nie pilih dorang be my bestfriend because they are beautiful but they are kind to me..n they know me n i know who they are,alhamdulillah n syukran liianna shodiqotii..
Kawan itu mungkin kita wajib untuk pilih,tapi..maaf ya,ana takkan pilih kawan tapi...ana tetap akan kawan dengan insan yang mungkin orang selalu pandang remeh dengan kawan yang macam tue,tapi bagi ana takkan sampai macam tu ana nak pilih kawanm kekadang yang diremehkan itu memiliki kelebihan sendiri dengan kehebatan yang Allah anugerahkan,
AISYAH ASSYURA BINTI AG.JALUDIN, she also a blogger. dia nie kawan satu sekolah kat limauan, walaupun tak satu kepala,tak satu kelas dan bukan sebilik tapi, argh !!! disana lah ana kehairanan,sayang betul ana dengan dia,hahahaha,also busy with her daily story but i can't ignore she from my heart as my besties..dia memiliki sesuatu yang menjadikan ana sayang bangat ngan dia, argh, itulah perasaan dari Allah ( kena ingat tue) , sekarand Roro dah sambung belajar dekat UMS, wah, best student bah dia nie..sapa tak kenal..alhamdulillah.. 9A'S SPM, mabruk allaik.
I have are twin besties that name, Khairunnisa dan the other one was Khairunnisa Yakub. iesa nie orang membakut, satu daerah aku bha..!!! dan memet nie orang kimanis full name is Khairunnisa Musa. Iesa nie memang dari kecil lagi kenal,sebab kami nie satu tadika,alaa...lama dah,dan hampir berabad juga kami berkawan. memang satu kepala dengan dorang nie,ada sikit lah bezanya tapi, hanya Allah yang tahu.memet nie baru kenal masa kat Limauan, alhamdulillah..dan kami mula rapat masa form 5.heheh, tak sangka aturan Allah dengan memberikan ana kawan-kawan yang macam dorang.
nie twin khairunnisa,hehe.my love my besties,my buddy..Alhamdulillah.
Walau apapun, D.U.R.B.A.R, in my heart !!! kerinduan yang sangat kejam untuk aku jalani,hahaha,
macam mau jumpa dorang,tapi...sekarang semuanya sudah bertaburan dimerata tempat di negeri orang,jadi bukan masa sesuai untuk kami bersua muka, walaupun sebenarnya kami nie susah nak di pisahkan semuanya, boleh kan aku post gambar - gambar kamu disini..In shaa Allah yang nampak -nampak segalanya tu ndalah.
panjang berjela ana punya entry nie kan,takpa..In shaa Allah ana akan teruskan lagi,sanggupkah baca???hehe,alhamdulillah..nie lah masanya bila ana sudah di landa keghairahan menaip, dan idea yang mencurah - curah macam air hujan yang entah apa kebendanya ditaip sebenarnya lah. takpalah, setakat ini dulu ya, ana pun akan undur diri dulu ya, In shaa Allah.lain hari akan ada topik baru lagi. semoga yang baik itu bermanfaat untuk pembaca dan buruk itu mungkin hanya salingan untuk dibaca,
daa, Jom solat asar..Haiyah A'lalsolah.











No comments:
Post a Comment