Wednesday, 3 December 2014

* Kehidupan itu juga milikNYA *

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

     Assalamualaikum, w.b.t...dan akhirnya ana datang dengan hati yang sedih untuk update blog yang dha lama bersarang labah-labah. 5/November/2014 merupakan hari yang menjadi hari yang amat sedih + kecewa + keseorangan + rindu mama . Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,menjadi pilihan hati aku utk sambung pengajian. dan Alhamdulillah Allah buka ruang dan peluang utk meneruskan bidang ana, dalam bidang agama dan ana dapat ASASI PENGAJIAN ISLAM,dan bersyukur lagi sebab ana merupakan ex-student smk(a) Limauan,yang telah bnyk mmberi ana tarbiyah serta didikan yang mungkin asas,tapi...alhamdulillah..merupakan satu ilmu yang membawa smpai sekarang. 5/11/2014 - 6/11/2014 merupakan ary ta'aruf yang mungkin singkat tapi,alhamdulillah..ana dapat banyak benda yang mungkin ana tak tau dan kurang dalam mendalami semua yang di dalami.
         Mungkin awal-awal di KUIS nie,taklah terasa rindu mama n bapa,tapi..bila dah akhir-akhir macam nie,terasa kosong kalau tak tepon mak ayah dalam sehari,kena juga tepon.        
 " nanti habis kredit" mama cakap macam nie dengan ana, mungkin akan habis tapi..semua tu boleh dicari tapi kasih sayang dan orang tua itu tiada ganti dan TAKKAN ada yang mampu menjadi seperti mereka . Mungkin bukan ayah yang melahirkan tapi,ayahlah membanting tulang mencari nafkah dan menyara kehidupan selama kita hidup,dan bukan AYAH untuk di abaikan,tapi..kasih ayah juga ke syurga,dan kita sebagai anak akan menjadi syafaat buat mereka dan kita adalah kunci kepada mereka ketika di dalam alam kubur untuk membuka kunci kebahagiaan di akhirat. mak ayah itu lah segalanya,bila aku jauh mereka lah yang memberi duit,yang mengisikan aku kredit, yang memberikan aku semangat, yang risau bila aku sakit demam,dan risau jika aku tidak sampai dengan selamat ke kampung halaman, itulah mak ayah..yang Allah kurniakan naluri yang mungkin tiada ganti setiap yang mendapatnya.


    kenapa ana tulis title itu, " kehidupan itu juga milikNYA", ana mula berfikir dan menjadikan diri ini untuk matang agar ana,berfikir penat lelah orang tua yang telah memberikan didikan yang terbaik, bila dekat rumah tak nak dengar nasihat mak ayah,bila dah jauh terasa apa yang di nasihatkan. dan itulah sifat manusia yang tidak pernah utk bersyukur apa yang ada di depan mata,dan tak pernah menghargai apa yang di berikanm Astaghfirullahhalazim ( aku manusia yang KEJAM )
Sabah bumi kelahiran ku,bumi tempat aku membesar yang mungkin tempat aku menutup mata dan akan menghembuskan nafas terakhir ku, 

YA Allah panjangkan umurku
,Ana nak jadi anak yang bahagiakan kedua orang tua ana sebelum ana menutup mata. yang mungkin ana terlebih dahulu bertemuMU.

Ana nak jaga adik ana, ana nak jaga mak ayah ana..dan Ana TAKKAN sesekali untuk menghantar mak ayah ana ke RUMAH ORANG TUA. kenapa mesti hantar??? mereka bersusah2 jaga kita,


KEHIDUPAN BANDAR!!

        First ana datang sini,ada mindset dan terus untuk tajdid niat dan SENTIASA tajdid niat biar ana tak leka,biar ana tahu betapa susah mak ayah kita keluarkan duit utk  Rm1000.00 BUKAN SENANG DAPAT!!! sedarlah ,meskipun mak ayah yang kaya,TAPI bukan kita yang kaya dan sebenarnya kita hanya lah penghutang yang takkan pernah dapat membayar semua yang mak ayah dah bagi, 
ana sebenarnya nak ambik Tajaan Khas KUIS( TKK),tapi...bapa tak nak ana ambik dan bapa nak ana ambik dan sambung degree,kat Universiti Malaysia( UM), ana betul2 nak buat bapa n mama gembira dengan ana,ana bukan seorang yang bijak pintar yang mungkin setiap tahun naik pentas untuk dapat anugerah khas..tapi,ana hanya lah orang biasa yang MAHUKAN ILMU DUNIA AKHIRAT.

BANDAR VS KAMPUNG??? 


apa yang kamu akan pilih???
jujur ana cakap,ana akan pilih KAMPUNG, ana bukan tak suka hidup bandar,tapi..mungkin banyakbenda yang akan di fikir,ana merupakan ana jati Kampung Brunei,Membakut,Sabah,Malaysia.
    Suasana kampung yang ana sangat rindui,paling + teramat ana rindu semula jadi..PANTAI!! rindu nak berenang,Allah jak tahu gatalnya hati nie nak berenang kat swimming pool d KL nhe..tapi,tak tau kat mana,????Ana nak pegi jungle tracking park!!! pegi pulau,dan semua tempat yang sebelum nhe ana dah pegi...ALAM SEMULA JADI!! ALAM SEGALA CIPTAAN Allah!!! Rindu, sangat dan teramat...



Mabul Island + Sapi Island + Manukan Island miss it so much like crazy.

Sejujurnya lahkan ana lagi suka untuk melancong d tempat-tempat yang banyak semula jadi,mungkin taklah sekaya mana nak pegi ke tempat-tempat yang menarik,tapi..ana suka untuk tenangkan diri di atas bumi Allah dengan ciptaanNYA, Subhanallah.




ISLAND I MISS U DAMMMMMMMM

Friday, 10 October 2014

Mampukah?? Bertahankah?? Sanggupkah ?? Atau Meredhakan segalanya

Alhamdulillah, Allah masih memberi aku kenikmatan dalam kehidupan seharian...

Tiada kehebatan yang mampu di tandingi selain kekuasaaNYA, yang telah menghidupkan dan mematikan, Allahhu.. Rabbi yasiir walaa tuu asiir yaa kariim.

semoga Allah mempermudahkan segala urusan sehari-hari yang aku jalani serta seisi bumi ini,amiin.


 ~ ALLAH TENGAH MENGUJI  :) ~


      tiada kehidupan tanpa ujianNYA, pertama sekali mari kita cerita sikit, berbalik kepada diri sendiri untuk memuhasabah untuk diri yang daif ni, kekadang update blog nie,pandai jugak terasa sendiri kena penampar diri sendiri, satu benda yang sentiasa di takuti oleh hati ni, " CAKAP TAK SERUPA BIKIN " ini istilah kasar sikit, bila throwback apa yang di update selalu terasa, yalah kekadang ada yang kita "ter" lupa nak buat, sedangkan kita sendiri yang nasihat tapi,itulah kelemahan manusia,tiada kesempurnaan dalam diri manusia dan Allah telah menetapkan segalanya yang DIA telah rancang, ana sendiri hanya penuntut ilmu yang masih jahil tentang agama ana. Astaghfirullahhalaziim.
      Kekadang diri ini selalu teringat dengan janji-janji Allah," sangat di benci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan," surah as-saff : ayat 3..( pandai mau menangis bila di ingat)
Ana suka baca-baca buku yang menarik untuk ana baca,kekadang pandai terngiang-ngiang apa yang di baca,kekadang menjadi tangan sendiri yang menampar pipi. Allahhuuuu,
     sejak akhir- akhir nie, negeri di bawah bayu nie hujan dengan lebatnya,dengan angin yang kuat mengayunkan pokok-pokok dan daun-daun..awan yang bergumpal yang menyebabkan terjadinya puting beliung, banjir yang mendadak secara tiba-tiba,semua ini peringatan Allah kepada hamba-hambaNYA. " Allah nak tunjuk kejadian akhir zaman " mama cakap kat ana, buat ana terfikir sesuatu yang mengerikan ( adakah aku mati beberapa minit atau bila). Amalan belum sampai meninggi gunung meski pun ana nie,budak yang belajar agama..Ana juga manusia yang TIDAK pernah lari dari kesilapan dan kejahilan apatah lagi ana hanya seorang pelajar yang masih belajar untuk mengenal erti sebenar kehidupan.
     Jiwa seseorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian. berbeza diri seseorang,berbeza pula ujian yang dihadapi. Ada orang yang diuji pada harta mereka. Ada pula yang diuji pada tubuh badan . sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan,semuanya adalah tanda bahawa itulah kasih sayang Allah. sebenarnya,ana baru sedar semua nie, astaghfirullahhalazim.. bukan nikmat senikmatnya apabila Allah bagi kesenangan, dan bukan musibah semusibah yang dikatakan malang,tapi..semuanya ujian Allah. Lepas nie ana akan berjauhan dengan mama,papa n adik-adik. Bila ana fikir-fikir semua nie,ana berat hati nak tinggalkan dorang dan akan menjelajah negeri orang, terasa berat hati sebab adik ana,anak yang ke3 mengalami penyakit yang dikira kronik sampai mewajibkan dia untuk menjalani kimo sebanyak 6 kali dalam kehidupannya,( argh!!!! aku mw nangis),sekarang adik ana mesti minum ubat yang kena bagi,n paling teramat yang ana takutkan sawan dia datang balik, dan it"s difficult to me!!! sakit mata ana tengok apa yang di alami nya,tapi...dia lagi sakit menanggungnya,... Sejak adik sakit,ana terlalu manja dan senang untuk titiskan airmata, kekadang terasa nak jaga adik setiap masa pergerakkannya, tidak mau sambung belajar tak mau kahwin,dan tak mau buat apa-apa yang buat ana jauh dari adik,tapi..semua itu penting.. " ana,belajar bangus-bagus dan dapat kerja,supaya dapat tolong bapa n mama jaga adik nanti " ini pesanan papa, sejak papa cakap macam nie,ana terasa ana nak teruskan belajar dan tak mau fikir benda lain,dan ana nak tengok adik sihat macam dulu, mungkin manusia  a.k.a doktor cakap takda ubat nak sembuhkan sakit adik,tapi MUSTAHIL BAGI Allah. Allah tak bagi sekarang tapi AKAN DATANG. Allah tengah menguji keluarga ana dengan ujian ini, dalam kesenangan kehidupan kami,kemewahan yang Allah limpahkan Allah memberikan ujian .
          " boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu" surah Al-Baqarah : ayat 216.


~  Jika ini hidayahNYA  -_ -  ~

  pernah tak tiba - tiba rasa sebak ??
  pernah tak tiba- tiba rasa sedih ??
  pernah tak tiba- tiba rasa rindu ?? tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu apa sebabnya apa.

itu tandanya Allah rindu , Allah rindu rintihan doa dan hajat kita , cuba ingat balik bila kali terakgir kita bermunajat sepenuhnya curahan hati kita pada Allah ???

  Semalam??
  kelmarin??
  minggu lepas ??
 atau tak pernah langsung ???
( ini aku terasa sikit,berfikir kehadapan dan termenung )

Bila tiba - tiba rasa sebak nak menangis n rasa macam tak kena,ketahuilah bahawa Allah tengah merindui, Mungkin dengar nasihat,rasa hati tak teruntun hati tu. padahal tak da ayat touching pun. tapi kita yang over over nak sesebak pula.
     NO NO,itu rasa dari Allah , Allah yang bagi. cuba kalau rasa sedih sebab nak nangis,kita cepat -cepat pegi toilet . carik kepala paip bukak paip n ambik wuduk. masa ambik wuduk hayati setiap titisan air wuduk tu yang jatuh pada anggota wuduk. Konfem makin lebat hujan airmata. sebab apa?? Sebab nak pergi jumpa Allah.

      Solat lah. doa lah . mintalah, Allah dengar,Allah tengah rindukan kita. sebab itu Allah bagi rasa dan perasaan semacam itu.


      Ayat dan nasihat nie buatkan ana sebak,sejak akhir-akhir nie ana rasa seolah-olah ana akan pergi meninggalkan insan- insan tersayang buat selamanya, terfikir kehidupan disana yang entah bagaiamana keadaan pusara ana, bagaimana keadaan ketika di kebumikan ( terasa sangat bila tengok tanah kubur ),segalanya menjadikan ana suram,memikirkan keadaan kehidupan ana yang belum tentu di terima segala amalan, dengan segala keadaan dunia yang penuh pancaroba .
   Sampaikn ana berfikir nak wasiat segalanya,yang ,mungkin ada janji yang tak terlangsai,ada hajat insan - insan tak tertunaikan,Allahhu....dan alhamdulillah...Allah masih memberi kesedaran untuk mengingatiNYA dan alam kematian. Keadaan hidup lain wajahnya keadaan mati lain wajahnya, adakah aku mampu untuk memiliki wajah yang disinari cahaya yang Allah redhai. bila baca - baca artikel ada pula sesuatu benda yang buat ana nak nangis ,(sumpah tak tipu nie, sebab diri sendiri pun jahil), banyak baca buku manfaat tapi, kekadang tak pandai HINGAT!! what de???
    Itulah manusia,tapi..bukan manusia itu selama menjadi seperti itu, ingatlah bahawa meski hati itu sekecil mana,tapi..pasti ada secebis niat untuk mengubah apa yang sentiasa menimbulkan kejahilan itu. kadang - kadang hati nie merasa mampu atau tidak saja untuk melakukan sesuatu, TAPI sebenarnya mampu hanya hati ni yang tak kuat. dan begitulah Allah juga menguji kekuatan hatiku, untuk beribadah kepadaNYA, aku kena kuatkan hati,azam dan i'tiqad kepada Allah, beringatlah JANGAN!!!

~ JANGAN melawan cakap mak bapak ~

~ JANGAN malas nak tolong mak bapak ~

~JANGAN MALAS UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH~

~JANGAN lupa untuk sentiasa memuhasabah diri~

~JANGAN malas untuk baca buku~

~JANGAN lakukan perkara yang menconteng arang ke muka orang tua~

~JANGAN TINGGALKAN SAHABAT SEJATI ( AL-QURAN )

~JANGAN lupa dengan perkara sunat

~JANGAN mempelajari yang menyesatkan

~JANGAN lalai dalam keduniaan

~JANGAN bercakap tanpa berfikir

~JANGAN melakukan sesuatu tanpa berfikir


Break a leg my HEART !!! Rabbi yasii walaa tuu asiir yaa kariim. Innallahaa maa ana.
 Ingatlah semua ini kerana Allah, Allah pasti akan membantu dan mempermudahkan segalanya :')


~ mereka kesayanganQ ~

   Saflee bin hj Awang Damit, hua Abi fii usrati.. Marlina @ Aisah binti Mohamad hiya,ummi fii usrati.( aisemen,testing sikit budak asasi Bahasa Arab),alhamdulillah...menjadi kebanggaan ana memiliki orang tua seperti mereka, dan bukan sahaja orang tua tapi, sahabat yang sentiasa memberi ana sokongan.. walaupun kekadang ana sendiri kena marah, oklah..sebab ana tau mama n bapa sayang bab tu ana kena marah IF ana buat something yang membuat mereka hilang kepercayaan dan menconteng arang ke wajah mereka, i' m was their daughter!!! Mereka berhak untuk marah, skrg ana pun tak tau lah bila ana kena marah or kena tegur ana akan diam seja,sebab mungkin salah ana dan kekadang mungkin ana kena terima, They are my parents my apples of my eyes.


pas ney ana pastikan ana akan sentiasa rindu mama n bapa,walaupun ana menjelajah ke negeri orang ana akan pastikan ana TAKKAN pernah mencalit arang ke wajah mereka tapi, akan menghias wajah mereka dengan cahaya.


         Adik beradik ana bukanlah yang unik,alhamdulillah ..menjadi satu inspirasi dan kebanggaan mama n bapa sebab kami 5 orang anak dara,dan yang menyedihkan kami akan di ambil orang ( means kat sini bila dah kahwin ok), mungkin kami juga anak-anak yang nakal,tapi...kami juga sayangkan mak bapa kami tau, Ana ada kaka dan ana merupakan anak ke2 dan ana ada 3 orang adik... Ana merupakan satu-satu nya yang jauh dari mereka dan ibu bapa ana,sebab apa ana cakap macam nie, 5 tahun yang lalu ana merupakan pelajar asrama yang tetap dan lepas nie ana kan berlepas ke negeri orang untuk mencari ilmu untuk masa depan ana,dan ana akan bantu mama n bapa ana, itu JANJI ANA, tiada alasan untuk ana untuk tidak bantu mama n bapa ana, sebab dorang sudah bantu ana untuk meneruskan pembelajaran. Adik-adik ana,semuanya alhamdulillah bersekolah, dan ana ada satu orang adik yang mengalami sakit yang kronik..( ujian Allah untuk keluarga ana)....




     walaupun kekadang kami pandai gaduh , tapi...alhamdulillah,kekadang pandai jugak kami rindu sama rindu..dan alhamdulillah,ana akan jaga adik- adik ana, In shaa  Allah...Ana akan rindu mulut dorang yang bising kat rumah sampai mama n bapa marah dorang,hahahahaha,(ketawa jahat sikit), 


     Alhamdulillah,banyak sekolah banyak tempat di jelajah pasti akan dapat banyak kawan dan banyak kenalan,Alhamdulillah... setiap yang pernah menggembirakan hati ini merupakan insan yang bertakhta di hati ( bukan "cinta"), tapi..insan yang bersama ana dalam  suka dan duka, ana yakin mereka akan sentiasa di hati kerana Allah telah memberi kasih dan sayang untuk ana dan mereka..

     FATHIAH NUR ZAHIDAH was my best friend and the end !! dia kena panggil jaja a.k.a zaza..alhamdulillah,Allah pertemukan kami dalam penuh syahdu dan keindahan dalam masa yang mungkin singkat untuk ana mengenali dia yang seorang tabah,dan menerima ana seadanya . ( pandai juga merajuk ngan dia sebenarnya) , banyak benda dan perkara kami kongsi bersama dalam suka dan duka ana di asrama limauan tu dan sampailah ana menjadi senior di limauan tu, dan dia ada simpan semua surat ana yang dikira rahsia antara kami,( zaman tak matang) , umi ' s jaja is my umi too.  Umi jaja ngan mama ana adalah bestfriend masa sekolah dulu,alhamdulillah..umi jaja lebih banyak mengenali mama ana, dan memahami mama ana,dan akhirnya her daughter is my bestfriend. Alhamdulillah.

       NUR SYUHADAH ALIAH, was my second bestfriend until now, alhamdulillah...she was a silent girl but have more interested in herself,...alhamdulillah, ana kenal dia masa ana tingkatan 2 dan rapat dengan dia masa tingkatan 2 juga,tapi..ana tak mampu untuk jadi macam aliah, sebab aliah nie pintar SANGAT, ana nie pintar SIKIT..hehehe, ( bukan nak bandingkan ye) , sometime she will share something with me n kekadang ana juga akan share dengan dia,bahkan ana akan mintak pendapat dia untuk buat sesuatu yang mungkin menjadi kemusykilan ana,????? walaupun sekarang dia di negeri orang, tapi..alhamdulillah..we still contatc n never to lost contact dan paling penting untuk ana adalah, mesti jemput ana bila dah menjadi pinang dibelah dua, ( gurau ye ) , Alhamdulillah, Allah memberikan ana seseorang yang terbaik saat ana ingin menjadi yang terbaik.


alhamdulillah, jaja duduk sebelah kiri dan aliah duduk sebelah kanan tu..maaf ye, ana bukan cakap ana nie pilih dorang be my bestfriend because they are beautiful but they are kind to me..n they know me n i know who they are,alhamdulillah n syukran liianna  shodiqotii..



   Kawan itu mungkin kita wajib untuk pilih,tapi..maaf ya,ana takkan pilih kawan tapi...ana tetap akan kawan dengan insan yang mungkin orang selalu pandang remeh dengan kawan yang macam tue,tapi bagi ana takkan sampai macam tu ana nak pilih kawanm kekadang yang diremehkan itu memiliki kelebihan sendiri dengan kehebatan yang Allah anugerahkan,
     AISYAH ASSYURA BINTI AG.JALUDIN, she also a blogger. dia nie kawan satu sekolah kat limauan, walaupun tak satu kepala,tak satu kelas dan bukan sebilik tapi, argh !!! disana lah ana kehairanan,sayang betul ana dengan dia,hahahaha,also busy with her daily story but i can't ignore she from my  heart as my besties..dia memiliki sesuatu yang menjadikan ana sayang bangat ngan dia, argh, itulah perasaan dari Allah ( kena ingat tue) , sekarand Roro dah sambung belajar dekat UMS, wah, best student bah dia nie..sapa tak kenal..alhamdulillah.. 9A'S SPM, mabruk allaik.


tara!!! nie asiyah a.k.a RORO, aku jak boleh panggil dia roro.. ( hahaha,gurau jak) .




            I have are twin besties that name, Khairunnisa dan the other one was Khairunnisa Yakub.  iesa nie orang membakut, satu daerah aku bha..!!! dan memet nie orang kimanis full name is Khairunnisa Musa. Iesa nie memang dari kecil lagi kenal,sebab kami nie satu tadika,alaa...lama dah,dan hampir berabad juga kami berkawan. memang satu kepala dengan dorang nie,ada sikit lah bezanya tapi, hanya Allah yang tahu.memet nie baru kenal masa kat Limauan, alhamdulillah..dan kami mula rapat masa form 5.heheh, tak sangka aturan Allah dengan memberikan ana kawan-kawan yang macam dorang.


nie twin khairunnisa,hehe.my love my besties,my buddy..Alhamdulillah.


Walau apapun, D.U.R.B.A.R, in my heart !!! kerinduan yang sangat kejam untuk aku jalani,hahaha,
macam mau jumpa dorang,tapi...sekarang semuanya sudah bertaburan dimerata tempat di negeri orang,jadi bukan masa sesuai untuk kami bersua muka, walaupun sebenarnya kami nie susah nak di pisahkan semuanya, boleh kan aku post gambar - gambar kamu disini..In shaa Allah yang nampak -nampak segalanya tu ndalah.







 panjang berjela ana punya entry nie kan,takpa..In shaa Allah ana akan teruskan lagi,sanggupkah baca???hehe,alhamdulillah..nie lah masanya bila ana sudah di landa keghairahan menaip, dan idea yang mencurah - curah macam air hujan yang entah apa kebendanya ditaip sebenarnya lah. takpalah, setakat ini dulu ya, ana pun akan undur diri dulu ya, In shaa Allah.lain hari akan ada topik baru lagi. semoga yang baik itu bermanfaat untuk pembaca dan buruk itu mungkin hanya salingan untuk dibaca,

daa, Jom solat asar..Haiyah A'lalsolah.


Sunday, 28 September 2014

Back to basic??? Sometime it was "spicy" but "Better"

Jangan kau sangka labuhnya tudungku TANDA alimnya diriku,
Aku juga sepertimu, masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan,
kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi, tetapi melindugi,juga mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri kerana AKHLAK itu bunga diriku..


              Alhamdulillah, Allah masih bagi ana peluang untuk update entry baru, apabila ana dah mula update ana kan tajdid niat balik,apa tujuan ana nak update,..In shaa Allah...ana akan brusaha utk buat entry yang bermanfaat...
             "back to basic?? , sometime it was "spicy" but "better", alhamdulillah dan bersyukurlah jika hati ini masih mampu untuk menerima sedikit teguran meskipun eya amat menyakitkan hati mahupun membuat kita terasa, sebenarnya benda nie berlaku sendiri dekat ana," ok...Fine" bila ana kena tegur ana hanya akan cakap itu.(mungkin itu jak kaley hanya mampu.!), Astaghfirullahhalaziim,.... Ok, sejak semuanya berlalu semuanya bertukar dan berubah dengan cepat & the ending, wallahualam....
           macam ayat kat atas tue, ana tau ana nie memang pakai tudung labuh, tapi i'm not ustazah,i'm not a good woman and i'm only a person who need some lesson and knowledge to make me perfect ( sebenarnya takkan ada orang yg perfect ),masa lalu tetap akn jadi masa lalu, mungkin ana prnah lalui zaman remaja macam remaja yang lain,tapi...bukan selamanya akan macam tu, Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu... dan paling penting BUKAN MANUSIA YANG BAGI HIDAYAH,TETAPI ALLAH...dan kita berusaha untuk mendapat kan hidayah Allah...Allah telah letakkan janjiNYA kepada sesuatu perkara antara baik dan buruk, bila kita dah terasa ngan kata-kata seseorang kita kita akan mula untuk memuhasabah diri meskipun eanya hanya secebis kata-kata... tetapi,memberi manfaat yang amat bermakna and keep think positive. Untuk diri ana sendiri,ana akan tetap untuk memuhasabah diri,
" Manusia hanya mampu berkata-kata,tetapi Allah lebih memahami dan mengetahui"

Segalanya telah BERUBAH

     Alhamdulillah, permohonan ana dalam kemasukan ke Kolej Universiti Islam Selangor,telah di terima dan ana akan melapor diri pada tanggal 5.November.2014... bersyukur sangat,dalam masa yang sama juga ana, tengah menunggu permohonan kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa, kos Asasi Bahasa Arab,In shaa Allah..ana akan menyambung minat ana dalam bidang Bahasa Arab,amiin...Rabbi yasiir walaa tuu asiir yaa kariim..
      dalam kegembiraan pasti ada kesedihan, keputusan nie ana bagitau kat mama n bapa ana, tapi..terasa berat mama nak lepaskan anaknya ney, alhamdulillah..lama kelamaan mama mula untuk mngubah fikiran dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan dengan ana,semoga ana juga mampu untuk meletakkan kepercayaan mama untuk terus berjaya,amiin.
      Ana juga tidak akan sembunyikan perkara ni daripada insan yang bernama kekasih,(bukanlah kekasih,tapi tunang ), ana bagitau dia apa yang ana dapat ni, dan memang dia akan menjadi penentang,(hahaha,ketawa jahat),memandangkan kami memang berjauhan. Lahad datu ------ Membakut, apatah lagi bila ana akan sambung belajar, pasti dan akan berjauhan, dan kami memang jarang nak berhubung, dan disini ana pun buat keputusan, biarlah hubungan kami nie kembali kepada fitrahnya, yang menjadikan rindu dan kasih sayang itu di atas nama Allah,dan kami mampu untuk lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran ana,bukan ana cakap ana hilang fokus bila sudah dalam perhubungan tapi,ana risau apabila sesuatu keberkatan itu hilang disebabkan sesuatu benda yang kita mampu untuk elakkan,mungkin hati ana akan terasa pedih dan berduka,tapi..ana yakin Allah akan beri kekuatan dalam tangisan ana.
          segalanya Allah telah tentukan dan kita hanya mampu untuk usaha,walaupun semua tu akan berlalu ana akan teruskan usaha ana untuk mardhatillah..Setiap orang pasti akan menyayangi sesuatu hubungan itu, ana akan sayang hubungan ana dengan cara yang baik dan mengikut fitrah yang sebenarnya, In shaa Allah...


      Insan ini menjadi insan yang telah membuka hati kedua orang tua ana, dan semoga ana terus mampu untuk menjaga hubungan ini sehingga ke jinjang pelamin, Afdhal Ahnaf Bin Lasilah, ana sayang kamu kerana Allah, dan biarlah kita mencapai kejayaan untuk membahagiakan orang tua kita...

Tuesday, 9 September 2014

* saya punya kawan *


Dear kawan,
bila berbicara kau mampu menggembirakan,
bila tertawa kau mampu buat aku tersenyum,
bila airmata jatuh kau mampu menepisnya,




first time begmbar dengan pensyarah, bila kami nak carry mark,pandailha nak mntk tunjuk ajar,
mungkin mereka bukan lah insan yang sentiasa bersama tetapi,mereka juga insan yang mampu untuk menggembirakan aku, aku juga hanya manusia biasa yang tiada punya apa2.

semoga mereka terus bersama aku,meski mungkin hanya seketika, ukhwah itu selamanya, 
In shaa Allah,


ini muka2 mujahid kelas aku, taraa!!!! rupanya korang nhe kuat selfie jugak,
semoga semua berjaya ya, dalam final exam. yang tak pakai songkok tu orang cerialah( kunuuuuu)

Wednesday, 20 August 2014

* hanya airmata yang mengalir tatkala kerinduan *



Jika Allah memberikan ujian. itu bukan bebanan 
tapi Allah menguji kesabaran seseorang,
Allah merindui seseorang itu untuk mendekatiNYA,
Allah menginginkan seseorang itu mengadu denganNYA,
Tatkala kerinduan itu menguasai,
hati ini terlalu lembut untuk menampung,
hati ini tiada kemampuan selain sujud 
dan menadah tangan memohon doa,
di saat airmata mengalir kekuatan itu 
Allah timbulkan menanggung ujianNYA.


     Assalamualaikum,w.b.t.
.semenjak menjejaki kaki di Intitusi Pengajian Islam Dan Dakwah, macam lama sudah tak update blog nie, walauapapun keadaan,semoga apa yang terluah itu semestinya bukan atas asbab suka-suka,tapi..semoga memberi manfaat bila blog walking sdang berlegar, :).
            15.08.2014, genap 3 bulan ana duduk di bumi IPDAS, walaupun kawasan yang terlalu jauh dari kehidupan manusia di bandar,tapi ana maC mampu belajar pelbagai ilmu yang hebat iaitu ilmu agama. Mungkin IPDAS merupakan satu institusi yang tidak sehebat di mata masyarakat,tapi..In shaa Allah hebat dan gah di sisi Allah. kerana disinilah kita mendapat kehebatan apabila mempelajari ilmu Allah,yang lebih mendalam dan berkembang, In shaa Allah.
                Disini ana banyak belajar erti kehidupan,senang mahupun susah itu sudah menjadikan rutin kehidupan ana,terutamanya ketiadaan air apabila hujan turun.kita mampu lihat bahawa Allah menguji pelajar disini,apabila rahmat itu turun Allah menguji dengan nikmat yang Allah tarik buat seketika, Allah ingin sesuatu kebaikan dari pelajar - pelajar di IPDAS,.Ana banyak belajar untuk menjadi seorang pelajar yang zuhud,In shaa Allah.. disini ana masi menyimpan edentiti ana yang mungkin mengagumkan ana sendiri,tapi alangkah indanya apabila kehidupan ini penuh kesederhanaan, agar diri ini tidak lupa untuk ana terus mendekatiNYA,alhamdulillah disini ana belajar dalam bidang ana,meskipun kekadang hati tu terasa berat nak pegi kuliah,tapi itulah satu kewajipan dan tanggungjawab ana kepada mama n papa ana,.
          CEO, itulah pekerjaan papa ana, guru sains merupakan kemahiran ilmu mama,tapi itu bukan menjadi kebanggaan ana apabila bergelar seorang anak,tapi...ketahuilah membanggakan kedua orang itu adalah satu kebanggaan yang ana sendiri rasa apabila ana diberi kepercayaan untuk memikul dan membimbing keluarga dengan ilmu agama yang ana belajar, In shaa Allah.
            Kini ana mula merindui mama,papa n adk2 serta kaka ana,yang jauh dari mata ana,kerisauan yang tinggi terhadap kesihatan mama,papa n apatah adik yang ada penyakit yang mungkin kronik,sebelum ana menjejaki kaki di IPDAS, ana jaga adik hampir sebulan bersama adik,menguruskan makan minum adik,walaupun dengan keadaan adik yang mungkin membebankan tapi, itu bukan bebanan tapi ana anggapan setiap yang ana lakukan untuk adik adalah pengorbanan ana,mungkin ana akan bertemuNYA dahulu,biarlah semua itu menjadi saksi kasih sayang ana buat adik, adik seorang pelajar yang pintar,adik pelajar yang cemerlang,masa adik di hospital adik dapat 2 anugerah dari pihak sekolah yang membanggakan bapa n mama, masa adik dapat anugerah adik selau runsing siapa yang akan ambik bagi pihak adik, sebak ana dengar perbualan mama dengan adik " mama, nanti mama duduk sebelah adik masa ambik hadiah,telinga adik tak berapa dengar nie " mama akan jawab untuk bagi adik semangat " eya,mama sentiasa dengan adik"
setiap hari bila mama jaga adik mama akan lap badan adik,bagi pakai adik baju,bagi pakai adik bedak,bagi sisir rambut adik,bagi suap adik, walau apapun keadaan adik masa tu mama tetap akan jaga adik,setiap hari jumaat mama akan jaga adik sampai ary ahad dan bergilir dengan ana,.mama seorang yang tabah, ikutkan hati ana,ana mahu jak jaga mama,jaga adik n family dan tak mau sambung belajar,tapi ana dengar dan ingat pesan bapa " belajar rajin-rajin,nanti bila bapa dah takda boleh sara mama n adik-adik dan jaga adik " ayat papa betul-betul buat ana terasa hati dan sedih seolah semua ni hanya akan sekelip mata berlaku,apa yang ana rasa menjadikan ana untuk teruskan pembelajaran ana,meski dalam keadaan yang meyedihkan ana,melemahkan hati ana,tapi ana sendiri kena kuat.
              semakin ana besar,semakin ana susah nak jauh dari rumah n mama,adik-adik, n bapa.
seolah-seolah semua ni menyedarkan ana bahawa ana semakin meningkat dewasa dan umur semakin mendekati mati,ALLAH!!!!  semoga segala mampu memberi kesempatan aku untuk terus mendekatiNYA, Allah,!! aku hamba yang hina, 

Ya Allah,
semoga segala ujian ini mampu membalas bagi kesembuhan adikku,
lindungilah seluruh keluargaku,
izinkan aku memberi kebanggaan buat orang tuaku,
berikan aku peluang berbakti buat kedua orang tua ku serta keluargakum

amiin Allahumma amiin.



kerinduan mengalirkan seterjun airmata


Monday, 21 July 2014

" Jangan tinggalkan AKU "

 
bukan ku pinta untuk hidup di dunia,
tapi tercatat di luh mahfuzNYA,
 pada tanggal 07 . mei . 1996,
Tidak ku pinta dariNYA untuk menjadi anak perempuan Hj. Saflee bin Ag Damit, tapi itulah kehendakNYA.. dan lahirnya aku  kedunia dengan kehendakNYA yang akan menjadi anak yang memberi syafaat kepada kedua orang tuaku, Allahhu..

Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku


     "  SAHABAT "

      Sahabat ku, terutamanya buat DURBARIANS, kami !!! semua sudah bertebaran dibumi Allah,mencari ilmuNYA, sejujurnya aku dalam kerinduan dengan dorang, SAYA ANA NADHIRAH penuntut INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH, tidak mampu untuk melupakan segala memori yang pernah tercipta antara kami, bila aty mula untuk bergelak tawa sentiasa teringat dorang, bukan sekrang atau yang dulu,tapi..mereka lah yang selamanya telah menjadi adik,kaka,abang buat aku..
          beberapa minggu yang lalu, kepergian seorang ibunda kepada sahabat kami yang telah menemui Illahi,di ary yang mulia, di bulan yang penuh keberkatan, Allahhu terasa aty ini, jauh disudut aty airmata ini mengalir deras, meski arwah bukan darah daging sendiri,kepergiannya terasa seolah beliau ibu ku,. begitulah eratnya hubungan persahabatan kami,yang 5 tahun berada dibumi limauan, tanpa ada terasa lamanya, dan berakhirnya kebersamaan kami pada 2013, penuh dengan linangan airmata, banyak perubahan yang mengajar kami,..
        buat sahabat yang jauh nun di negeri orang, harapan jangan hanya dibawah kesana,tapi..kembalilah dengan kejayaan yang di angkat dan di berkat Allah,aku update blog nhe sebab aku rindu + + + + +  + dengan kamu, yang bising itu dicari mulutnya, yang nakal itu dirindui telatahnya, yang pintar itu dicari jawapannya, yang baik itu dirindui senyum sinisnya, Allahhu...semoga kejayaan kami tidak hanya di dunia, jadikanlah kami insan - insan yang memberi manfaat di akhirat kelak, Allahhumma amiin..






keindahan persahabatan itu tatkala,ada yang bergaduh,yang sering berkongsi dan tatkala mematangkan kami antara satu dengan yang lain, bukan ku pinta meninggalkan kamu tapi, itulah jalan kehidupan kita yang memegang janji berjaya memegang kejayaan BERSAMA, amiin.


INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH

pada tanggal 19.mei.2014, bermulanya  perjalananku di bumi pengajian baru,yang banyak dan akan mengajar aku segalanya erti agama yang, selama ini aku cari, in shaa Allah..
masa pegi mendaftar ana sorang sja yang berurusan terasa asing pulak, yang lain ngan ibu bapa dorang, sebab apa, masa nhe Allah tengah menguji keadaan keluarga Ana, terassa sayu hati nak tinggalkan rumah, mama bapa n adik, dengan keadaan yang kurang sihat,tapi..ana mula berfikir segalanya untuk masa depan ana dan akan datang ana mampu untuk bantu adik - adik yang lain,  pertama kaley kat sana, mengalir airmata ney teringat adik, keadaan adik yang kurang stabil, sedih dengan keadaan adik-adik lain kat rumah,seoalah-olah tak mau sambung belajar,tapi..bila ana fikir balik itulah ujian Allah yang mahu hambanNYA ,menggunakan akal dengan sebaiknya, kat sini ana gembira sebab ana dapat teruskan dalam bidang agama, In shaa Allah,ana mampu untuk menjadi yang bermanfaat buat keluarga ana kelak, sampai kat sana ana mula buka lembaran baru untuk kehidupan ana, 
means ana nak binadan tuntut ilmu kerana Allah dan demi menggembirakan orang tua ana, selamanya nie mungkin kejayaan ana hanya di atas kertas, tapi bila hati dan minda terbuka ana tajdid niat semula, ana takkan berjaya jika hanya untuk peperiksaan, dan alhamdulillah...sekarang ana gemar untuk mengkaji sesuatu benda yang berkaitan AGAMA dan ISLAM, dekat sana ana belajar akidah, pengantar syariah islamiah,pengantar dakwah dan banyak lagi yang sebenarnya sama dengan subjek masa ana tingkatan 5,tapi lebih menular dan mendalam untuk ana pelajari,

> pengantar dakwah islamiah,
> akidah,
 > pengantar syariah islamiah,
> kemahiran Al-quran
> bahasa kebangsaan
> bahasa inggeris
> sistem teknologi maklumat
> bahasa arab

in shaa Allah, cuba perhatikan semuanya telah di asah sejak ana darjah satu lagi, alhamdulillah...dan setibanya ana disini ana mula belajar mendalami yang selanjutnya, In shaa Allah..

Sk.Kg.Brunei,Membakut, >>> SAR.Kampung Pimping, >>> SMK(A) Limauan,Kimanis >>> Institusi Pengajian islam dan dakwah Keningau, 

mungkin taklah jauh sangat tapi, ana bersyukur sebab dekat ngan family, bab baru dekat gney ana dha nangis apa lagi yang jauh merentas laut China selatan, in shaa Allah,ana akan berjauhan bila ana dah berumah tangga, itu sajalah yang mungkin memisahkan ana dari di bawak ketiak ibu,

IPDAS, nama singkatan bagi tempat study ana, dan ana nak cerita sikit, apabila kita dah terpilih menuntut ilmuNYA, dan disana lah Allah menguji kesabaran dalam belajar, dan disana banyak mengajar ana erti "bersederhana ", bila mana banyak yang mungkin sepatutnya Institusi ada n memiliknya tapi,takda di tempat ana belajar, dan disana lah terbuktinya niat kita, antara ilmu Allah atau kemewahan dengan segulung kejayaan..
sejujurnyalah kan, ana kongsi sikit, dan bukan untuk membuat perbandingan atau anything else lha katakan, kita belajar tinggi-tinggi dengan gelaran segala macam,tapi akhlak dan akidah kita 0.000000, so tidak berbaloi jika setakat disana dan tidak kesyurgaNYA, mari kita fikir, adakah kita akan menarik orang-orang yang kita sayang ke syurga dengan segulung kejayaan kita itu?? adakah kita akan menyelamatkan orang tua kita dengam sehelai kertas yang digulung??? never n no more, perkara sebegini banyak membuka pintu hati dan minda ana,
bila fikir balik, benar atau palsu sayang ana ngan KELUARGA ANA,????
ok, kat sini ana akan mengingati diri ana dan jugak sahabat yang seperjuangan dengan ana,mari kita tuntut ilmu kerana Allah, dan yakin bahawa Allah sahaja yang mmpu mmberi kejayaan yang kita usahakan,In Shaa Allah..







ini aktiviti ana hujung minggu, ana akan pastikan ana akan ikut usrah dan takkan tertinggal melainkan ana sakit mahupun ada program lain,bila keterpaksaan itu terpaksa maka Allah akan bagi kenikmatan dalam keikhlasan,




alhamdulillah,ini sahabat ana yang satu kepala lah kiranya, setiap hati isnin --- jumaat kami ada kelas,dan masa itu padat juga, tapi..alhamdulillah, kelas kami hanya setengah hari melainkan kami ada kelas ganti.


sebelum mengorak langkah mengundur diri saya ANA NADHIRAH BINTI HJ SAFLEE, ingin memohon  beribu kemaafan atas sejuta kekhilafan yang sedar atau tidak saya lakukan, dan semoga menjadi saudara islam yang mampu menjamin kita di akhirat kelak In shaa Allah, mohon maaf dari saya sekeluarga




semoga apa yang Allah bagi memberi kesedaran kami, dan kita umat akhir zaman,amiin

Wednesday, 23 April 2014

cerita pilihan Ku

Dia sepi di sini, tak seperti yang lain
Walau sudah takdirnya namun dia tetap tersenyum
* bahagialah bila kau masih punya mimpi
Hidup hanya sekali, berikanlah yang terbaik
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net

Merindukan purnama, bertahan walau di dalam duka
BersyukurNya-lah kita, masih banyak yang sayangi kita
Merindukan purnama, meraih cinta
Cinta yang menyatukan kita

Cinta cinta kita ooo


 terasa berat sudah jari jemari nak update ni benda, tapi...takpa, ary ni istimewa sikit, sebab Allah bagi ana kekuatan untuk tekan keyboard ni lama-lama dan memberikan ana idea,mungkin jika ana merapuh kat blog ni,takdalah manfaatnya, m i right???  TAJDID NIAT!!!!  apapun, yang kita mw buat ingat niat kita sehari-hari untuk apa, mungkin kenapa ana tak update benda ne,mungkin bila update takda faedahnya, right??? ok!! ary nie, my story In Shaa Allah, memberi manfaat, amiin. 
                      walaupun ana bukan tukang cerita yang keren dan hebat, tapi, ana tetap mau kongsi cerita dan paling penting cerita itu bermanfaat buat anyone yang baca entry ni, In Shaa Allah..alhamdulillah, untuk kali ini, amat memilukan berbalik kepada tajuk besar di atas, Dia memberikan suatu peringatan  yang amat menyentuh, tatkala kita alpa, mahupun Dia menguji dalam keadaan kita senang,In Shaa Allah,.



                                      ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI SESEORANG ITU JIKA TIADA KEMAMPUAN BAGI NYA


peristiwa ni berlaku dekat family ana sendiri, secara tiba-tiba dan itulah dinamakan qada dan qadar Allah, bila Allah berkata " kun fayakun ", maka berlakulah segala di atas kehendakNYA, subhanallah,.. pada tanggal 19.April.2014, jam 9.40 malam, adik ana,mula meracau yang menyebabkan adik naik sawan, dalam masa yang sama juga, adik mula di ganggu makhluk halus,Allahhu, terlalu berat mataku untuk memandang, dengan keadaan ku yang bertelekung melompat ke katil untuk mendapatkan adik,  ana masuk kan jari ke mulut nya, supaya lidahnya tidak tergigit sendiri, dengan istilah lain, kancing gigi, ana berusaha untuk tahan sakit, sambil membisikkan nya ayat kursi,..
                     kami bertolak ke hospital beaufort pada jam 10.15 malam,adik mula sedar semasa kat kereta, walau bagaimanapun, gangguan makhluk halus tu tetap ,mengganggu adik dalam keadaan adik yang  kurang sedar dan lemah, alunan ayat Al-quran tiada henti sepanjang perjalanan..Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hospital beaufort,dan adik di masukkan ke wad kecemasan, atas asbab keadaan adik yang kurang stabil,.
                             boleh saya tahu, doktor nie pangkat dia tinggi sampai mana???? doktor nie ada etika juga kan???sampai jak kat hospital,adik diperiksa doktor, yang kasar lah dengan istilah yang kejam, right??? sebab apa, ana cakap jahat , sebab doktornya berkasar  with my parents, " hye, she is my mom, n u personality is too bad," mybe tak layak jadi doktor, n hanya layak atas kertas, right??? doktor tue buat ana marah,sebab dia dah buat benda yang buat mama ana seolah-olah hilang semangat,
                           tepat jam 12.30 pagi, tanggal 20.April,2014, bersamaan ulang tahun adik yang ke 15 tahun, adik mula di hantar ke Hospital Queen 2, untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, sebak hatiku, sayu jiwa ku melihat keadaan adik, memandangkan mama ikut adik  di dalam ambulans,ana, bapa,paci n maci ana ,menyusul dari belakang, kami sampai di hospital Queen 2 pada pukul 2.30 pagi, Allahhu,pertama kali ana,,pegi sini dengan asbab untuk rawatan,selama nie ana hanya melawat orang yang sakit,dan hari ni dan beberapa minggu ni,ana yang berada di hospital ni,, setela mendapatkan rawatan, adik di tukar ke Hospital Queen 1,di tempat ni amat menguji kesabaran dan kekuatan, sepanjang adik, di rawat di hospital tu, ada saja perkara yang membuatkan bapa  marah, apabila layanan, personality doktor dan jururawat nya, kurang memuaskan, ( kat sini bukan nak bandingkan, tapi pengajaran untuk kita),
                   Alhamdulillah, dengan usaha bapa, akhirnya adik dpat di tempatkan di hospital Queen 2, yang mungkin memberi 90% keselesaan adik dan akan membantu adik sedikit sebanyak untuk sembuh,








masa nie adik di tempatkan di Hospital Queen 2, alhamdulillah,,... kami dapat layanan yang sangat memuaskan,  dan jururawat dan doktor yang BERTANGGUNGJAWAB, alhamdulillah..

   
          
                                                            "  BENDA GHAIB BUKAN CERITA DONGENG "

 " dan sesungguhnya di antara kami ( jin ) ada yang saleh dan ada pula kebalikannya. kami menempuhi jalan yang berbeza-beza " surah Al-Jinn,ayat 11. merujuk ayat Al-quran di atas, ternyata bukan kita saja yang hidup di bumi ini,tetapi ada benda lain lagi,yang hidup bersama kita, bernafas seperti kita, berketurunan seperti kita,.. 
                          tau, kenapa ana buat statement macam ni,??? ana cuba untuk mengulas kejadian yang berlaku  keatas adik ana, dalam keadaan dia yang lemah dan sakit, benda halus yang di gelar jin,mula untuk membebankan tubuhnya, dengan istilah lain, mula untuk menumpang tanpa izin..
                         mula untuk menganggu, dia menganggu adik ana dalam keadaan adik sakit,
" dan di antara kami ada yang islam dan ada yang menyimpang daripada kebenaran. siapa yang islam maka mereka telah memilih jalan yang lurus " surah Al-Jinn, ayat 14. ayat ni menunjukkan keadaan jin-jin yang sama seperti manusia,.
                            dalam keadaan adik seperti itu, ana dan keluarga tanpa henti memasangkan ayat-ayat suci Al-quran, agar adik sentiasa dalam lindunganNYA, In Shaa Allah.. sebenarnya, alhamdulillah, ana bersyukur sebab dapat masuk sekolah agama Limauan,kimanis,papar, y must i told like that??? coz, ana belajar untuk handle, bila benda halus mula untuk menguasai diri, di limauan, yup!!!  my mom, gave  me  faith to handle my lil sis,...although, i'm not too pro!! right??? i know myself, but i'm try my best to take care my sis, ( wah, ana mula speaking ),.
                                      

                                               " JARAK BUKAN PENGHALANG, KEPERCAYAAN,KESETIAAN  UTAMAKAN "

Opps,!!  dalam entry nie, nak juga kongsi soal hati,  soal hati??? apa kah benda itu?? mungkin,masa lalu ana hanya masa lalu yang akan gelap dan lenyap, In shaa Allah, i'll try my best to forget him,. tara!!!  yang lalu tu,pernah menjadi yang terbaik di hati ana, tapi, mungkin jodoh bukan bersama kami, dan ada lagi yang lebih baik,
                                        mungkin, insan ni ana susah mau jumpa, .atas asbab dya jauh... LAHAD DATU ,Allahhu!! terlalu jauh kah itu?? mungkin tidak, jodoh tu  dimana-mana saja,.... ok, ana mau buat pengakuan,!!!
disini saya Ana Nadhirah binti Saflee,  sudah dimiliki dan mengikat pertunangan bersama insan yang bernama Afdhal Ahnaf Lasila, ..so, dekat sini,..lelaki lain tak boleh lamar saya lagi, ok???!! mungkin ana masih belum pernah untuk sayang  dia 100% tapi, lebih indah jika ana mulakan dengan cinta lepas nikah, umur dia??? 17 tahun, ( wah, muda dari ana ) yup, dya muda dari ana, tapi, umur bukan penghalang, ok??? ( senyum sinis), mungkin ana pun sukar untuk percaya, ana kenal dya melalui FB, di atas jalan dakwah,, dan susah untuk ana meletakkan kepercayaan terhadapnya, tapi, dia berusaha untuk meyakinkan ana,dengan pelbagai cara, In Shaa Allah,...
                               kahwin muda??? ya!!! itu yang akan kami lakukan, memandangkan kami yang berjauhan dan ana akan sambung belajar, dia berusaha untuk jaga hubungan kami,di samping mencari keberkatan dariNYA, In shaa Allah..bukan mudah untuk menjalankan hidup di alam perkahwinan usia muda,tapi... ana dan dia berusaha untuk menjaga segalanya,...In Shaa Allah, ...
                                 semoga apa yang di rancang ini dapat meraih keberkatan NYA, In shaa Allah... tak salah jika kami mula dan berniat  untuk membina masjid untuk lebih selamat, dan paling penting, ana boleh "dating" dengan cara yang halal,In Shaa Allah,.. kepada para penjelajah entry ni, mohon doakan kami,In Shaa Allah... semoga Allah perkenankan niat baik kami, JOM JADI BIJAK!!! JAUHI ZINA!!

 In Shaa Allah, semoga Allah perkenankan apa yang kami niatkan,


 > cinta tak mengira pangkat,harta, umur dan yang halal itu lebih indah di sisiNYA <